Friday, 16 November 2012

jangan ditanya kenapa begini

sedarkah kau yang aku kini menahan kesakitan??
dulunya kau melihat diriku sering melemparkan senyuman,
ya..sekarang masih begitu..
tapi dalam jiwaku tidak seperti dahulu

jika kau menyentuh jiwaku, kau akan tahu
rapuhnya jiwa, tersisip retakan yang lama terguris akibat dirimu,
mengertikah engkau???
sayang, sayang sekali, kau tidak pernah mengerti semua itu

wahai insan terpilih, warkah yang ku tulis ini bukan untuk mengungkit
tapi ketahuilah, jika aku melihatmu sekali lagi aku rasa sakit
wahai insan terpilih, jalan yang dirimu pilih itu
membuat aku semakin rapuh
setiap perkataan yang diikuti perbuatanmu
menolak segala ketulusan..
kenapa aku menulis warkah ini?

sidang pembaca, sekiranya melihat aku semakin rebah di arus 
pemikiran yang meracuni hati,
ketahuilah, sesungguhnya aku memang terluka
kerana luka itu semakin bernanah
semakin membengkak kerananya ..

kini menjadi sebuah pusara dalam hati

terima kasih buat yang kini layu, makin pupus dalam setiap kehidupanku..
dahulunya hadir seketika menemani walaupun sementara..

jangan ditanya kenapa begini..caraku berbeza, luahanku berbeza..diam, baca dan hayati... semoga  memberi pengajaran.. 

 AKU YANG AKU FIKIRKAN..JIKA KAU MERACUNI, ITU BUKAN AKU...

No comments:

Post a Comment