sudah lama xmenjenguk blog nie sehingga penuh dengan sesawang.. apekah?? tapi hari nie aku mengagahkan juga untuk menulis sesuatu (tibe cam skema je =.=")
![]() | ||||||||||||||||||||||
| Dilema...(sekadar hiasan) |
i'm in dilemma... yes, ini la masalah aku sekarang. entry aku nie bukan cite tentang aku dilemma dalam memilih jodoh ke ape ke.. tapi dalam dilema dengan perasaan aku.Ya Allah, sungguh dalam hampir meniti alam kedewasaan terlalu banyak dugaannya. Sehingga kadang-kadang aku menangis, dan selalu berkata "Aku masih lagi remaja dibawah jagaan mama dan daddy, masih lagi kecil untuk membuat pilihan, masih lagi mentah sampai memerlukan sokongan, masih lagi memerlukan perlindungan... masih lagi masih lagi dan masih lagi"
Hampir satu semester berakhir, pelbagai masalah yang timbul. Masalah berkait dengan perasaan aku dan perasaan orang lain bagi aku sangat besar. Semakin mengenali seseorang semakin banyak perkara yang kita tahu tentangnya. Lain bagi aku, semakin aku mengenali seseorang, semakin aku kurang mengenali seseorang. Dan kadang-kadang aku berfikir cukuplah setakat nie aku kenal, tak mahu ambil tau dengan lebih dalam. Manusia bagi aku susah untuk difahami, sifat yang nie berbeza-beza.. sehingga aku melakukan sesuatu, pihak lain yang terluka. Buat perkara lain plak, yang lain juga berasa tidak berpuas hati. Wahai manusia, wahai hamba Allah, tidak kah kau mengetahui bahawa kita tidak sempurna? jangan meminta kesempurnaan daripada seseorang. Dijadikan manusia ini saling melengkapi antara satu sama lain. Terimalah seseorang itu dengan seadaanya, lihatlah seseorang itu dari kebaikannya, bukan dari kelemahannya. Bukan selalu kita betul kan?? bukan semua kita buat itu baik. Dan takkan kita dapat memuaskan hati semua orang.so, terimalah mereka seadanya.. :)
![]() |
| hope it just a daydream( gambar sekadar hiasan) |
P/S: Kehidupan ibarat pentas lakonan, perbuatan ibarat cermin yang melantunkan sifat sebenar kita.. moga entry ini memberi kesedaran bahawa setiap apa yang kita lakukan memberi kesan terhadap diri kita dan orang lain." biar dikata orang, biar dicaci, biar dihina, balaslah dengan kebaikan.."
"Ya Allah, ku pohon kepadaMU, kuatkanlah hati ini dalam menempuhi dugaanMU. Jadikanlah hambaMu ini seorang yang bersyukur dengan segala nikmat yang KAU berikan."
satu lagi gambar buat semua pembaca :
![]() |
| I GIVE MY SMILE TO EVERYONE.. PLEZ, JUST SMILE EVEN YOU'RE IN SADNESS |
tulus ikhlas PH.. from me to you






